Followers

Thursday 27 February 2014

Demam denggi berdarah


Sejak kebelakangan ni banyak kes demam denggi yang dilaporkan termasuklah di kawasan saya. Tergerak hati nak kongsikan sedikit maklumat tentang demam denggi berdarah. Mana tau ada kawan-kawan yang perlukan maklumat ni kan. Jom baca, kene ambil tahu walau tempat kita takda lagi kes demam denggi ni.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tuesday 25 February 2014

Hari kelepasan am 2014


CUTI TAHUN BARU 2014 ( RABU )
  • Negeri yang bercuti pada Tahun Baru 2014 – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor sahaja.
  • Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2014
HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD  S.A.W ( MAULIDUR RASUL )  - 14 Januari ( Selasa ) semua negeri
CUTI HARI THAIPUSAM – 17  Januari  2014 ( Jumaat )
  •  W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau PInang dan Selangor Sahaja.
  • Negeri Kedah cuti Hari Thaipusm sebagai Cuti Peristiwa.

Jadual cuti sekolah 2014



Saja je saya update Jadual cuti sekolah 2014 ni walau dah lewat. Mana tau ada yang memerlukannya. Jom kawan-kawan tengok jadual kat bawah ni.