Followers

Saturday 3 May 2014

Tanda-tanda rezeki yang berkat



Tanda hidup tak berkat


Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah.

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

Friday 2 May 2014

Makanan sunnah


Air zam-zam
Air Zam Zam (Zamzam Water) terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi kandungan Kalsium, Garam Magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi merangkumi tindakan yang memadam rembasan penyakit. Nabi S.A.W. berkata: "Air yang terbaik di muka bumi ialah air Zamzam, ia adalah sejenis makanan dan penyembuhan dari penyakit."

Madu
Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.